Saturday, January 1, 2011

malaysia vs indonesia!!!!!!!!!!!!!!!!!

    

            Tahun 2010 telah pun melabuhkan tirainya dengan kejayaan manis skuad HARIMAU MALAYA menewaskan skuad GARUDA dari Indonesia. Tanpa semangat dan keazaman yang tinggi, adalah mustahil skuad harimau Malaya dapat menewaskan sang Garuda. Perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Dis 2010 yang menyaksikan Harimau Malaya membelasah sang garuda 3-0 menjadi sumber bekalan kepada skuad Harimau Malaya untuk bertandang ke Stadium Bung Karno pada 29 Dis 2010.


      

            Pada 29 Dis 2010, misi skuad Harimau Malaya untuk merebut gelaran juara AFF SUZUKI CUP 2010 tercapai walaupun kalah tipis kepada sang garuda, 2-1. Walaubagaimanapun, pujian harus diberikan kepada barisan pemain muda Harimau malaya kerana berjaya mengekalkan momentum serta semangat mereka ketika berhadapan dengan hampir 95000 penyokong setia Indonesia.

No comments:

Post a Comment